BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 31 December 2011

Tutup Buku 2011 , Buka Buku Baru 2012

Assalamualaikum..


Tahun 2011 sememangnya banyak dugaan pahit manis .
Suka duka 
Berita gembira dan buruk dan segala bagai yg sama maksud dengannya :D

HAHA .
Gua mula satu-satu eh .

JANUARI :
Dalam bulan ni, aku dapat gaji pertama aku bekerja dalam hidup aku. HOHO .
Aku kerja kt pasar raya berdekatan jer. rm950 gaji pertama aku.
Seriously excited giler time tuh HAHA .
Tapi mane ade kerja yg senang kan .
Aku jadi cashier kt situ . Sumpah penat .
Terutama waktu perayaan HAHA .



FEBRUARI :
Dalam bulan ni pulak aku bulan terakhir aku kerja .
Coz aku target aku dpt panggilan PLKN kedua .
Bulan 3 . Last2 aku benti kerja, cek PLKN .
Rupa2 nya aku dpt panggilan ketiga . September punyer walawe .


MAC :

HOHO bulan ni byk suka duga aku . 
First adalah aku dapat result SPM mase 23 Mac 2011 .
Weh hari paling seram wooo .
Sbb aku ni pelajar yg malas belajar seriously .
Result trial SPM pun 2A je. 3 pulak tuh yg failed ! So sad :(
Tapi Alhamdulillah, aku punyer result tak seteruk disangka .
5 A and tiada yg fail . Rzki Allah .


Tapi tarikh yg sama jugak merupakan hari KRISIS aku.
Ikatan persahabatan aku dgn seorang kwn baik aku diuji .
Seriously sakit .



APRIL :
Bulan ni Allah bagi ujian besar kat aku .
Masa depan calon2 SPM terjawab mase bulan ni .
Iaitu keputusan kemasukan ke IPTA dan matrikulasi .
Bukan rezeki aku nak sambung belajar kt menara gading .
Aku tak dpt tawaran IPTA yg aku mohon .
Matriks, IPTA seperti UNISZA,UiTM dan UIA .
Mungkin rezeki aku belum sampai nk lanjutkan pelajaran kt menara gading. 
Sementara menunggu rayuan ke IPTA,
Aku ke tingkatan 6 utk sementara waktu.
Jika rayuan diterima, aku keluar dari form 6 tuh .
Lebih perit ramai kawan2 aku dpt tawaran ke UiTM dan segala bagai . pfffttttt.

GAGAL !!!!!!!!!!!!!

MEI :
6 Mei 2011, aku daftar masuk ke form 6 .
Aku bajet bila rayuan ke IPTA aku dapat, terus chow dari situ .
Seriously, aku rasa down and failed HAHA .
Dengan muka dan kaki yg berat melangkah ke Kajang High School .
LOH !


JUN :
Masuk bulan kedua aku di Kajang High School, jiwa aku masi tak tentu arah .
HAHA hati mana tak merana sbb tgk kwn2 sebaya kita da masuk ke menara gading .
Especially ada yg ejek aku BUDAK SEKOLAH .
HAHAHA JIWA KACAU betul .
Sabar jela kan. Then dalam bulan ni jugak keputusan rayuan keluar !
Allah sekali lagi menguji aku !
Rayuan aku ke matriks and IPTA gagal !
Kawan2 aku yg baru kenal di Kajang High School pulak ramai yg dpt !
TAK PUAS HATI LA !
Moral down balik . Solat hajat semua aku dah buat tapi Allah belum beri rezeki ke IPTA kt aku.
Then aku redha . Terima takdir ni jer.
Tawaran ke IPTS la boleh dikatakan tiap2 hari posmen hantar surat tawaran .
Parents aku suh pergi tapi aku tak nak. Mahal weh mahal ~


JULAI :
Masuk bulan ni, aku tekad nak push habes kt form 6 nih !
Nak perang STPM katakan .
Exam ketiga tersusah kt dunia !
SO aku mula sesuaikan keadaan dan tros kehidupan di KHS ni~
Bukan aku sorang je yg gagal ke IPTA, rakan2 sekelas aku kt form6 pun sama senasib .
Act mula2 aku aliran sains kt sini then aku tukar amek aliran kemanusiaan dan sejarah .
HOHO bajet pandai sejarah lettew ~ HAHA biarlah result subjek KIMIA,FIZIK n BIO aku tak seberapa!
Sejarah dapat A . tuh aku tukar lagi pun sains memang susah un kt form6 nih . 
Dan bermula perjalanan hidup baru aku di sini !
Dan aku mula rapat dgn kwn2 6BB .
MEREKA SEMUA HEBAT,SPORTING DAN GILA ! hahaha cool beb !



OGOS :
Dah masuk tiga bulan aku kt form 6 nih .
Mula dah sekepala ngan dorang .
Dan yg terbaik nye dekat Kajang High School ni senang dapat markah koko dooo~~
Peringkat kebangsaan pun dah lepas HAHA .
Dah la jadi pengerusi kelab kt sini ! 
Sukan tahunan pun BEST !
Byk atlet2 yg hebat2 maklumlah sekolah sukan katakan !
Sukan tahunan pertama aku kt sini aku masuk 5 acara~
100m,400m,4x200m,4x400m dan 3000m .

HEHE aku dpt 1 emas, 1 perak 1 gangsa takder hebat mana~ HAHA . 

bulan ni jugak aku wakil futsal peringkat daerah tingkatan 6 .

Malangnya team kitorang gagal mara wooooooo~~

Inilah hikmahnya aku tak dpt smbg blaja ke IPTA .



SEPTEMBER :
Mula sibuk dengan form 6 .
kadang2 nk contact kwn2 SMK Engku Husain pun jarang sbb masing2 sibuk study .
Kalau jumpa da sekolah lama pun budak2 junior asrama . HOHO .
Sekali sekala jumpa dorang .



OKTOBER :
Bulan ni mula sibuk nak final exam .
Seram dowwwwwhhhhhh .
Tapi itu akhir bulan. Awal bulan aku pegi trip ngan classmate aku kt Perak.
2 hari 1 malam .
Journey yg paling giler ngan dorang .
Bukan giler ape tapi SERONOK !!

SUPER DUPER AWESOME TRIP !

Lagi satu bulan ni jugak la asrama sekolah lama aku, ASRAMA SMK ENGKU HUSAIN buat reunion!
BESAR PUNYER REUNION!!!
Generasi pertama hingga ke generasi ke-10 diraikan !
Aku generasi ke-6 . Ramai kwn sebaya aku yg duk asrama tak dpt hadir sbb masing2 tak cuti kt IPTA .
Hanya beberapa orang je yg datang . HOHO .



NOVEMBER :
Akhir tahun persekolahan penuh dengan majlis, jamuan dan segala bagai .
Peperangan dengan paper2 final exam tamat .
LOL !
Jamuan kelas aku la paling mantap !
Dekat tempat mewah tapi takder mewah sangat HAHA .
Cikgu kitorang pilih Redwok, Bangi .
Act aku 1st time datang situ HAHA .

REDWOK RESTAURANT,BANGI .

Berbaloi ke rm25 sorang ? Berbaloi kot aku rase hahaha .

Tapi bulan ni jugak bulan sedih bagi aku..
Mula sekali aku awal bulan 11, aku dikejutkan dengan pemergian kawan aku, Aiman .
Seminggu sebelum dia meninggal aku da jumpa die sihat wal afiat lagi.
Act, aku tak berapa jelas dia sakit apa , tapi aku dgr dia ada masalah organ dalaman. Erk lebih kurang la.
Al-Fatihah~

Tak lame pastu,
Seorang lagi kwn baik aku mase form1-form3 .
Form 4 dia pindah MRSM .
Nur Syamimi binti Ibrahim .
Arwah memang seorang yg baik .
Meninggal disebabkan demam denggi berdarah :(
Arwah duduk paling kanan sekali :(
Baju pink dan sweater hitam .
Al-Fatihah~

DESEMBER :
Akhirnya smpi jugak bulan terakhir .
Jemu jugak tulis panjang2 ni haha .
Cuti ni aku cari kerja tak dpt .
Sebab byk tempat mintak budak baru habes SPM .
diroang cuti lam .
So duk rumah aku ternak lemak keh3 . Kadang je kluar itu pun futsal and dota .

Cristiano Ronaldo woooooo~~

Penat daahh. Lepas futsal pegi lepak mamak then Dota reramai !
Diorang merupakan antara kawan2 terbaik dalam hidup aku ~
Walaupun aku paling tua diantara mereka, 19 tahun and diorang ada yg 17 dan 16,
tapi aku memang suka jumpa,lepak ngan dorang :D
Sekali lagi kitorang berfutsal dan dota HAHA .

Hmm, tamat sudah tahun 2011 kan .
Tapi honestly, tahun yg paling best dalam hidup aku ialah 2010 .
Tahun tu penuh dengan kegemilangan, pahit manis dowhh .
Tapi ape kurangnya 2011 . BEST jugak sbb jumpa ramai kwn baru .
tahun 2010 pulak dah jadi kenangang terindah selamanya .
Ada sebabnya yg tersendiri kenapa aku rase 2010 paling best !
ape2 pun 2010 dan 2011 dah jadi kenangan ok!!
Moga 2012 aku harap menjadi lebih baik dari yg sebelum ni .
OK STPM 2012 !!
HERE I COME !
TAK GOYANG MAA SAMA LUUUUU !!
Terima kasih kepada yg sudi membaca !


Friday, 30 December 2011

"ERK"

Assalamualaikum dan hi :D

Seriously, lama da aku tak update .
Bukan takde mase cuma malas .
Erk~ aah malas .

Btw hari ni merupakan hari terakhir pada minggu terakhir pada bulan terakhir dalam tahun 2011 ni ~
Pejam celik pejam celik da smpi hujung tahun .
Rabu depan start sekolah .
Maknanya tahun depan la kan .
Ok 2012 .
Gonna rock n roll with STPM .
STPM STPM STPM . oh hell yeah bebeh .