BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 18 August 2011

El Clasico:FC Barcelona 3 - 2 Real Madrid.

Yeah !
Sekali lagi. Real Madrid hampa !
Argegart 5 - 4 .
Barcelona menewaskan mereka 3-2 pada awal pagi tadi.
Dengan sentuhan pemusnah Lionel Messi dan Andres Iniesta.
Messi menjaringkan 2 gol !
Dibalas Real Madrid oleh Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.
Real Madrid masih gagal menewaskan mereka walaupun menguasai pada awal permainan.



Barcelona kembali menurunkan pemain2 bintang mereka seperti Xavi Hernandez,
Pedro dan Gerard Pique.
Dan corak permainan mereka meningkat berbanding tempoh hari.
Sentuhan2 dan hantaran yang lebih kemas.
Seperti biasa, Real Madrid bermula garang dengan beberapa serangan dari Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.
Setelah 14 minit, Barcelona mula menemui rentak.

Messi turn ke bawah.
Membawa bola ke tengah padang.
Dan menggelecek 2 pemain Real Madrid sebelum membuat hantaran yang mempersonakan,
serta menggamatkan stadium.
Hantaran cantik melepasi 2 pemai pertahanan Real Madrid tepat kepada Andres Iniesta.
Pemain itu tenang menyungkit melepasi Iker Casillas.
Gol.
Minit 15,kedudukan,
Barcelona 1 - 0 Real Madrid

Real Madrid memperkemaskan rentak.
Minit 20.
Mezut Ozil melakukan tendangan sudut.
Melepasi pemain2 yg berkumpul di dalam kotak penalti.
Bola sampai kepada Karim Benzema di luar kotak penalti.
Penyerang ini terus melakukan sepakan ke arah gol Barcelona.
Bola itu tertampan kepada Cristiano Ronaldo lalu tertampan ke arah gol.
Gol !
Minit 20,kedudukan.
Barcelona 1 - 1 Real Madrid



Permainan diteruskan.
Saling berbalas serangan.
Kedua-dua pasukan mempamerkan corak yang mempersonakan .
Sememangnya aksi berkelas dunia !
Serangan berbahaya menerusi Cristiano Ronaldo hampir2 menerjah jaring.
Begitu juga Barcelona menerusi Pedro.
Setelah masuk minit 45,
hampir memasuki rehat.
Barca mendapat sepakan sudut.
Sepakan sudut yg diambil Xavi terus ke dalam kotak penalti Real Madrid.
Lionel Messi mendada bola dan hantar kepada Gerard Pique.
Gerard Pique melakukan kuisan ke belakang yang kembali ke arah Messi .
Messi melepasi 2 pertahanan Real Madrid.
Iker Casillas masuk untuk menangkap bola di kaki Messi.
Messi menyungkit bola ke arah kiri gol sambil Iker Casillas tertipu ke arah kanan.
Minit 45,kedudukan.
Barcelona 2 - 1 Real Madrid



Sambung babak kedua dengan disaksikan 92,965 penonton.
Barcelona terus menguasai permainan dengan penguasaan bola 71-29.
Real Madrid terus bersaing.
Cuba menguasai bola terutama di bahagian tengah.
Akhirnya usaha mereka berhasil.
Sepakan sudut Kaka menyebabkan kelam kabut dalam kotak penalti Barca.
Tandukan Pepe tepat ke arah Karim Benzema yang mudah menolak masuk ke arah gol.
Minit 81,kedudukan.
Barcelona 2 - 2 Real Madrid.

Gol tersebut menyebabkan Barcelona membuat pertukaran.
Cesc Fabregas masuk menggantikan Pedro pada minit ke 82.
Ternyata kemasukan Cesc Fabregas berbaloi.
Hantaran Fabregas kepada Andriano membolehkan pemain itu membuat hantaran silang.
Hantaran silang Andriano itu disudahkan oleh Pemain Terbaik Dunia 2009 dan 2010,Lionel Messi.
Lionel Messi melakukan satu sepakan voli yang padu menewaskan Iker Casillas di gawang Madrid.
Minit 87,kedudukan.
Barcelona 3 - 2 Real Madrid.



Keputusan muktamad.
FC Barcelona 3 - 2 Real Madrid
(Argegart 5 - 4 )

Satu perlawanan yang cukup menarik.
Akhirnya, Barcelona memenangi Piala Supercopa Sepanyol.
Sememangnya Barcelona berada kelas yang tersendiri dalam perlawanan awal pagi tadi dengan sentuhan2 bola yang mempersonakan.
Begitu juga Real Madrid yang mempamerkan aksi berkelas dunia,namun Barcelona berhak memenangi perlawanan pagi tadi.
Sekian~

*Maaf jika terdapat sebarang kesilapan.
*Terima kasih kepada yang membaca.


0 comments: