Assalamualaikum~
Dan salam sejahtera semua ! Deyyy !
Lama jugak la x update kan~
So di sini saya nk post pasal trip saya ke Perak bersama classmates saya !
3-4 Oktober~ 2 hari 1 malam~
Yeah. Serius beb ! Memang best gila~
Aku rase macam tak sia-sia jugak la kan~
Ok cerita dari awal la ni .
3 Oktober 2011 .
6.03 pagi~ aku bangun dek kerana phone aku berbunyi.
Si Epul anta mesej.
"weh kt mane ? dah gerak blom ? "
Aku punyer la terkejut ! GILA budak nih.
pepagi buta nk gerak da. aku mandi pon blom . HUH . bapak semangat die doh !
Aku tanpa buang masa reply mesej and tros mandi .
Setelah bersiap dan solat, santapan breakfast yg disediakan mak gua amatlah lazat .
Nasi goreng mak aku yg awesome bersama teh panas . WOW !
Ok dalam pukul 6.50 pagi. aku pon bertolak .
Ayah aku anta aku before die pegi keja ~
Singgah jap Petronas, membeli topup dan makanan2 ringan .
Yg si Epul ni tggu aku kt restoren mamak Ayza.
Then aku suh die tggu kt skola je coz tersekat jem kt jasmin . Naseb bek sikit jer . HUH !
Smpi je kt dpn skola.
Aku turun angkut beg apa sume. Nmpk si Epul tggu aku kt dpn pagar. Walawe bapak ensem mamat nih.
Igt die sorang je da smpi. Masuk je skola.
Chin,Joel and beberapa lagi da smpi.
Pagi tuh memang kitorang ramai2 rancang nk pakai kemeja . HAHA .
Sebelum bertolak. Kitorang snap banyak photo.
Ni aku selitkan beberapa di blog aku .
Biasa la. Ramai peminat yg bergambar dengan aku kan~ HAHAHA.
Semua bajet hot la tuh~
Bukan selalu kan dpt rombongan macam nih~
Uwwwwww
Gambar lawa kan~ DSLR !
Hek ele. Kerek betul. kata pukul 7.30 gerak.
Tggu punyer tggu. pukul 8.10 baru grak.
Aiseyy . tapi x kesah . janji pegi jugak ke Perak kan HAHA .
Dalam bas biasa la. x duduk diam .
Memekak jer. HAHA .
Joel and Hidayah ada buat game .
Sekejap jer . yg aku igt game I SPY dengan game apa ntah lagi satu.
Aku x igt HAHA .
Budak paling .. aku pon tak nak cakap apa .
MUKA DIA ? KENAPA ?
Me and Benedict
Pukul 12.30, kitorang sampai kt Bidor x silap .
Berhenti kt situ makan .
Solat Zohor lak, Jamak ngan Asar je nnt .
Peh kt situ makan da la sedap . SUMPAH MURAH PULAK TUH .
masing2 tgh kelaparan kan.
Budak ni badan kecik tapi kuantiti nasi kalah aku ! HAHA
Aku punyer nasi , lauk , air ,
baru rm5.30 beb !
Dalam pukul 1.30. kami meneruskan perjalanan .
Sawah padi . Yeah itulah tmpt pertama yg kitorang lawat .
Weh nice doh . terbentang luas~ hijau dan nyaman jerk !
Lawa kan~
Ada yang jatuh kang aku TOLONG gelak hahaha.
Nyaman je kot. Cuaca pon x bape panas~ Berangin pulak tuh.
Membuatkan aku "terkesima" seketika ! Hahaha .
Alex si handsome dengan Rindy si cantik :)
Kalian memang "mabuk"
Next destination is Pasir Salak .
Peh terbaik siot tmpt dia. Kat sini tigas kitorang bermula !
Sudah sampai di Kompleks Sejarah Pasir Salak
With my lovely group !
Jom masuk !
Cari semua maklumat Sejarah Pasir Salak .
Pasir Salak semamangnya sinonim dengan pembunuhan J.W.W Birch !
kat sini memang byk maklumat yg kitorang kene ambil.
Encik Fauzi. menerangkan satu persatu plot asal-usul sejarah kt sini .
Peh explanation dia memang byk beb . Cool je satu persatu memang jelas .
Memang betul2 sejarawan dia nih !
Best meh tempat ni
Ada gaya macam reporter tak ?? HAHA
Acun cool je, Haifaa pulak menggedik !
Panjang tak keris nih?
Setelah Encik Fauzi habes dengan explanation dia.
Kitorang pon boleh bergerak secara bebas ! Mak oii time ni budak kelas aku dah mula gila !
HAHA.
waktu ni kitorang amek gamba secara PLANKING ! gila weh !
Dua amoi kelas aku . Grrrr~
Aku n eric pon x ketinggalan HAHA .
Epul pon nak join sekaki LOL !
After that, tugas di Terowong Sejarah Pasir Salak tadi selesai..
kitorang bebas berjalan-jalan di sekitar, ambil gambar and makan angin apa semua !
HAHA . gila syok~ bukan selalu kan dapat macam nih . Duk study je kt kelas .
Susah la hidup huahuahua .
Menyaksikan tempat J.W.W Birch dibunuh. Cehhhhh !! Haha .
Cool ~ Air sungai tenang ~
Sungai Pasir Salak
Eleh Epul ko nak pegang tangan si dia cakap je la HAHA. oppss sorry . LOL ~
Ada ciri-ciri Leftenan Akmal tak ? Aku tahu korang rasa mesti ada kan !
HAHA
Then,puas snap photo apa semua bersama gaya segala bagai.
Plaja2 Islam solat manakala plaja2 bukan Islam pula menunggu kitorang .
Selesai solat Jamak Takhir .
Kitorang pon bergerak ke destinasi seterusnya, iaitu Lumut !
Itu post yg seterusnya lah yer ! Panjang sgt citernya sebab memey BEST .
Ok kepada semua pembaca . Nantikan episode seterusnya.
Dalam Perak Trip Episode 2 . Hehehe.
Assalamualaikum ~

































0 comments:
Post a Comment